MAKSUD MIMPI ULAR

Lama tak menulis, sibuk sikit. Saya cuma nak ngomel sikit tentang mimpi ular. Sebab ramai sangat yang bertanya tentang mimnpi ular. Biasanya masyarakAt akan mengatakan bahawa seseorang gadis itu akan dipinang. Itu hanyalah salah satu dari maksud mimpi ular. Kita kena lihat apakah tujuan Minda Luar-Sedar menghantar mimpi. Adakah untuk tujuan fizikal, atau untuk mental (termasuk pemikiran, sikap, emosi, kreativiti dsb), atau untuk perkara spiritual.

Jika tujuan untuk fizikal, ia bermakna seseorang tertarik kepada kita, samada untuk mengahwini atau tidak, kita kena lihat isi cerita terperinci. Jika ularnya banyak tapi kecil-kecil dan warna-warnanya kurang matang, ia bermaksud ramai orang minat tapi sekadar berkawan saja. Jika ular itu saiz sedang, warna yang matang dan seekor sahaja, besar kemungkinan ia adalah seseorangn yang amat berminat, tapi lihatlah jika beliau mendekati atau lari atau sebagainya. Tadbir mimpi ini dengan doa supaya sejahtera dan ‘just wait and see’.

Untuk tujuan mental, ia selalunya tentang sikap suka menggunakan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain; lidah yang ‘bisa’ dan menyakitkan seperti menyindir atau memperli. Selalunya sikap itu ditunjukkan apabila ular dalam mimpi menggigit kita. jika ia gigit dan kita bunuh ia, maka kita telah melupuskan sikap ‘lidah bisa’ tersebut. Selalunya orang-orang yang membersihkan diri melalui zikir dsb akan melalui proses ini jika dia seorang yang memang jenis ‘lidah bisa’sebelum itu. Maka bersyukurlah pada Allah kerana telah membersihkan diri kita dari satu sifat yang keji. Jika ular menggigit dan kita terus bangun, ia bermaksud kita telah dihinggapi sikap ‘lidah bisa’ dan harus akan menyakiti seseorang lepas itu.Tadbiri dengan mengucap istighfar, ludah kekiri dan mohon pada Allah dijauhi dari sifat tersebut.

Bagi tujuan spiritual, selalunya ularnya bersaiz besar, samada hitam gelap, hitam dan berbintik atau bercorak kuning, putih atau keemasan. Jika melihat ular hitam gelap dan datangnya dari kiri, harus ia menunjukkan seseorang yang kafir, jika ia putih dan datang dari kanan, menunjukkan ia orang Islam dan soleh. Jika mimpi ular hitam berbintik atau bercorak kuning/sejenis warna yang cerah, ia menandakan ada kes sihir & jin di dalam sekitaran atau ditujukan kepada anda. Walau bagaimana pun, analisa isi ceritanya dahulu supaya kita memahami apa sebenar maksud mimpi tersebut. Ular berwarna emas lebih bermaksud kepada seseorang yang tinggi imannya mendatangi anda. Apa-apa pun sila analisa gambaran kasar dan analisa isi ceritanya dahulu supaya mimpi dapat ditadbir dengan betul.Wallahua’lam.

AhliTafsirMimpi 24/09/08